BREAKING NEWS

Friday, February 13, 2015

Teruja ingin melihat majlis perkahwinan di Jakarta

Trip kali ini adalah jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat Indonesia kami di Jakarta. Ini adalah kali ke-4 ke Jakarta so nak berjalan sangat tu takdelah sangat tetapi lebih kepada lepak-lepak dan ngobrol (berbual) dengan teman dari Indonesia sembil menghadiri majlis perkahwinan.

Menunggu flight jam 6.30 pagi
HARI PERTAMA : JUMAAT (NASI UDUK, MAGNUM AIS KRIM, PASAR SANTA)

Sampai jer kami di lapangan terbang antarbangsa tengah hari Sabtu macam tu sampai sahaja pintu luar airport kami terus diculik hahah. Saya ingat kan 'arrival' di airport yang sama rupa-rupanya berlainan kerana setiap Airlines berlainan airport. Untuk trip ini saya menggunakan Malindo Air dan pembelian tiket adalah melalui AIRPAZ kerana saya nak cuba dan website ini boleh beli tiket pergi dan balik berlainan Airlines. Nanti saya ceritakan dilain waktu tentang Airpaz ini.

Disebabkan saya dan travel buddies saya Lim pun lapar mereka membawa saya Nasi Uduk lebih kurang mcm Nasi Lemak lah kat Malaysia. Nasi Uduk ni tawar maksud saya nasi putihnya seperti nasi kukus berbanding Nasi Lemak yang lebih Urrrrmm rasa lemaknya . Ada orang kata Nasi Uduk ini biasanya dihidangkan semasa majlis kenduri tahlil. Apa pun tempat saya makan kedai sudah menjangkau 15 tahun dan terletak di Jalan Kebon Kacang. Sebagai orang luar , untuk ke kedai ini agak payah kerana dari jalan utama memang tidak nampak sebaliknya perlu melalui jalan sehala di celah-celah bangunan. Memang sungguh kenyang sebab saya tapau 2 bungkus nasi.

Selepas lunch Nasi Uduk di Kedai Zainal Fanani, mereka terus membawa kami ke Grand Indonesia Mall antara pusat membeli yang terkenal di Indonesia kerana terletak di tengah Kota Jakarta. Untuk pengetahuan anda sebenarnya di Jakarta di banyak sangat shopping mall jalan sikit mesti jumpa shopping mall bukan kecik besar pulak tak . Mula-mula mereka kata nak bawa lihat galeri so saya ingat seperti galeri seni tentang Indonesia. Rupa-rupanya adalah galeri tentang serba ringkas budaya dan tempat menarik di sekitar Indonesia yang dinamakan sebagai Galeri Indonesia Kaya.

Galeri ini di 'support' oleh Yayasan Rokok  %&&$* sebagai penyumbang dana dalam projek ini. Galeri Indonesia Kaya ini adalah berbentuk INFO DIGITAL di mana anda boleh melihat serba ringkas tentang budaya di seluruh daerah Indonesia dari segi pakaian, alat muzik dan permainan tradisional. Di sini juga terdapat info digital tempat-tempat pelancongan yang terkenal di Indonesia.Anda juga boleh mencuba 'game digital' berusur informasi yang memerlukan pergerakan tubuh badan anda. Galeri ini lebih fokus kepada informasi kebudayaan Indonesia dan anda tidak perlu bayar untuk masuk ke galeri ini. PERCUMA 

Galeri Indonesia Kaya
Lokasi : Grand Indonesia Mall, Jakarta Tengah
Level : Tingkat (lantai) atas sekali , bersebelahan pawagam.
FOC





 Selepas menghabiskan masa lebih kurang satu jam di Galeri Indonesia Kaya, kami semua berjalan-jalan di sekitar dalam shopping mall tanpa tujuan hahaha. Lalu mereka ajak 'tea time' tetapi bukanlah minum teh sebaliknya Ais Krim Magnum dan ketika itu di Malaysia masih belum ada lagi hehehe rasa beruntung pulak dapat rasa di Jakarta kerana selepas beberapa minggu kami pulang dari Jakarta baru anda di Malaysia. Semua sibuk pakat upload gambar ais krim magnum di facebook. Sebelum ini juga saya pernah makan Ais Krim Heagen Dazs di Jakarta cewek bawa hehehe so kalau nak membuat perbandingan Heagen Dazs better than Magnum.












 Sebelum pulang ke hotel saya sempat singgah ke Toko Musik ( Kedai Kaset dan CD Muzik ) untuk mencari album terbaru dari band kesayangan saya Maliq D'Essential. Sebenarnya di Indonesia ramai band-band jazz yang berkualiti sedap untuk di dengar.




Antara lagu kegemaran saya dalam album Musik Pop

Dari ke Grand Indonesia Mall kami tidak ada apa-apa rancangan dan saya pun rasa keletihan bayangkan dari airport terus berjalan-jalan di shopping mall yang besar. Tetapi saya rasa teruja dan seronoklah maklumlah lama tidak jumpa kawan-kawan lama dan pasti banyak perkara diimbaskan kembali memori bersama-sama dalam program SSEAYP. So takkan nak tunjuk muka letih betul tak?
Normally kalau pergi mana-mana pun saya cakap I'm ok or I just follow. Lagi pun mereka dah tahu saya ni dah beberapi kali ke Jakarta so mereke akan cuba bawa ke tempat-tempat baru atau tempat yang kami tidak pernah jejak di sekitar Jakarta.

So kami pulang ke hotel yang telah ditempah oleh sahabat saya ini. Saya tak ingat apa nama hotel ini tetapi ialah adalah pusat latihan tetapi kemudahan biliknya seperti hotel cuma peralatan lama maybe sebab bangunan lama. So saya dan rakan diberi masa utuk berehat sehingga jam 8 malam macam sekolah pulak hahah tak lah sebenarnya mereka merancang untuk membawa kami keluar makan so kena lah siap sedia masa yang telah diberi tahu. Sempatlah saya tidur-tidur ayam bagi rehatkan badan. Janji dapat lelapkan mata sekejap pun ok.


Lebih kurang jam 8 malam kami keluar menuju ker Pasar Santa yang terletak di Kabayan Baru , Jakarta Selatan dan berhampiran Stadium Bung Karno. Macet (traffic jam) jugak untuk kami menuju ke sana. Urban Cafe ini yang masih baru di Jakarta.Untuk pengetahuan anda sebenarnya nama tempat ini adalah Pasar Santa Saya memberi nama Urban Cafe kerana dari segi dekorasi dan makananya semua urban dan gaya minimalist . 

Urban cafe ini sebenarnya adalah pasar yang mempunya 3 tingkat kalau orang Indonesia bilang 3 lantai. Di tingkat bawah sekali adalah pasar kering yang menjual sayur-sayuran dan juga kemungkinan pasar basah. Di tingkat 1 kedai-kedai kecil menjual bahan-bahan runcit dan juga pakaian. Sebenarnya untuk tingkat 1 dan 2 adalah kedai yang bersaiz kecil seperti toko-toko di Tanah Abang. Siapa yang pernah pergi Tanah Abang dia tahulah betapa kecilnya saiz-saiz kedai.

Menurut teman saya dari Indonesia ini , sebenarnya di tingkat 2 kedainya memang tidak laku dengan erti kata lain suram. Maka atas inisiatif beberapa belia Indonesia maka mereka menjadikan tingkat 2 sebagai aktiviti belia menjalankan perniagaan salah satu sumber pendapatan sampingan mereka selepas waktu bekerja terutama di waktu malam.

Biasanya waktu beroperasi adalah Jumaat sehingga Ahad , tetapi ada yang dibuka setiap hari. Memang suasananya sangat happening dengan pelbagai jenis jualan makanan berunsur barat dan makan moden dan juga jualan-jualan seperti baju ala-ala street wear dan barang-barang yang budak zaman belia berniaga.

Bagi saya tempat ini sangat menarik untuk dikunjungi kerana terdapat pelbagai jenis makanan barat dan juga kita boleh melihat gaya pemuda Indonesia masa ini atau Perempuan Masa Kini heheh. Saya sempat juga merasa 2 jenis makanan di sana, tetapi tempat duduknya amat terhad bagi setiap cafe makanan. Nak tahu sedap atau kurang sedap lihat pada kedai yang sentiasa penuh dengan orang atau sentiasa dikunjungi orang.

Kalau ngobrol sama teman-teman sambil lihat perempuan masa kini dan menjamah makanan memang sangat enak! Tetapi jam dah menunjukkan jam 12 malam , kami harus pulang kerana esok perlu bangunan awal untuk menyaksikan majlis pernikahan sahabat kami ini.






HARI KEDUA : TRISYA AND ARSI BIG DAY

Bangun seawal pagi yang boleh sebab macam biasa Jakarta jalan mereka memang tidak boleh jangka even hari minggu macam Kuala Lumpur juga. Siapkan sarapan dan angkut semua beg sebab kami akan tinggal di hotel yang lain pulak. Memang dah jangka on the way ke tempat Dewan persandingan yang berhampiran Stadium Bung Karno memang ada event berbasikal memang macet lah jalan raya . Akhirnya kami terlepas mendengar Sang Pria melafazkan nikah. Tidak mengapa tetapi kami masih sempat melihat bagaimana majlis nikah ini berjalan dengan penuh adat dan tatacara budaya orang Jawa.


Memang berbeza lah mereka punya adat istiadat majlis nikah ini penuh dengan tertib dan sopan .Bila buat dalam dewan dan di saksikan secara terbuka oleh kedua-dua belah keluarga nampak 'grand' lah dan teratur. Kalau saya yang nikah macam mana agaknya ialah majlis dah lah grand dan formal maklumlah buat dalam dewan . Dijemput pulak tu ramai tetamu pasti saya nervous dan berpeluh nak melafaz nikah hehehe. Apa apa pun benda yangbaik  ishaallah pasti Allah permudahkan urusan kita.

Selepas majlis nikah rehat selamat 2 jam lebih sambil tetamu menjamu juadah sarapan pagi. Apa lagi saya tetap nak cuba sarapan pagi walaupun sudah makan di tempat penginapan tadi kerana maklumalah Indonesia ini mempunya pelbagai jenis juadah. Tetapi anda jangan terkejut sarapan yang disediakan di luar dewan utama tetapi masih di kawasan dewan kerana makan untuk majlis persandingan adalah di dalam dewan utama yang telah disusn atur. Walaupun begita saya terpaksa berdiri sambil makan kerana kerusi memang tidak disediakan. So jangan terkejut jika anda hadir ke majlis perkahwinan di Indonesia di mana anda perlu berdiri sambil makan kerana ini sebahagian cara mereka. Mungkin sudah menjadi budaya mereka dan saya sudah 2 kali menghadiri majlis perkahwinan di Jakarta. Jika ada pun kerusi atau meja memang terhad.




Lebih kurang jam 12.00 tengah hari pasangan pengantin diarak masuk ke dalam dewan diiring seorang penari yang berada dihadapan sekali.Selepas penganting berada di atas pentas barulah tetamu menjamu selera. Terdapat pelbagai juadah sama modern/western atau pun tradisional. Saya cuba beberapa hidangan yang tidak pernah saya rasa. Apapun sebab nak rasa punya perut saya memang 'full' kenyang lah. Meriah sungguh majlis ini dengan pelbagai juadah makanan, anda kena pergi suatu hari jika ada sahabat dari Indonesia yang bakal melansung majlis perkahwinan. Dan majlis bertambah serinya dua kumpulan muzik di mana satu muzik tradisional dan lagi satu band jazz. Untuk gambar lengkap majlis perkahwinan boleh klik sini

Lebih kurang jam 2 petang kami pulang dari majlis dan mengikut sahabat Indo majlis ini akan tamat jam 3.00 ptg. Saya lihat pasangan pengantin dari start masuk berarak sehingga jam 2.00 ptg memang tidak makan dan berdiri jer di atas pentas. Terdetik dalam hati saya "mereka ini tak letih ker , mereka ini dah makan ker belum, jika belum kesian mereka takpelah bukan selalu sekali dalam seumur hidup mereka'. Untuk kami akan tinggal di tempat lain iaitu Hotel Aramis Cilegon. Memang penat juga lah menghadiri perkahwinan dengan sahabat saya ini kerana banyak perkara yang dibualkan dengan sahabat-sahabat Indonesia yang lama mahu pun baru. So itu memerlukan banyak tenaga walaupun di perut di isi dengan pelbagai hidangan yang disediakan heheh. Maka kami perlu berehat seketia di hotel Aramis ini yang empuk lagi selesa. Walaupun budget hotel tetapi sungguh selesa maklumlah hotel baru. Untuk melihat review tentang hotel ini boleh click sini Hotel Aramis




Rehat pun tidak lama di hotel kerana  sebentar lagi saya akan menemankan 'travel buddies' berjumpa keluarga angkatnya . Lebih kurang jam 3 petang mereka datang dan pickup kami ke Lotte Shopping Avenue yang baru siap di bina. Untuk pengetahuan anda di Jakarta banyak shopping Mall di mana almost setiap daerah di Jakarta mesti ada satu atau dua yang berdekatan. Kami pun tak pusing sangat sebab penat dan tak larat nak pusing for window shopping mall yang besar ini. So kami lepak di food court with the family sambil ngobrol (berbual) hal-hal keluarga dan semasa.

Selepas tu kami di bawa untuk mencuba bas wisata Jakarta yang percuma di mana kami akan dibawa mengelilingi sekitar tempat tumpuan di bandar Jakarta mengikut laluan yang telah ditentukan. Malangnya bas itu sentiasa penuh maklumlah PERCUMA dan tempat terhad di mana semua penumpang tidak dibenarkan berdiri. Jika ada yang berdiri, pengawal bas akan minta keluar dan tidak akan berjalan selagi ada penumpang yang berdiri. Itulah pengalaman saya ingat boleh masuk rupa-rupa kena ada tempat duduk, jika tiada mohon keluar yer hehee. Di tambah buruk lagi di mana saya terpaksa berebut dengan orang tempatan untuk masuk ke dalam kerana mereka tidak beratur untuk memasuk bas. Akhir kami semua membuat keputusan untuk pulang. Menurut sumber yang dipercayai idea Bas Wisata Jakarta adalah dari Presiden Indonesia Jokowi yang sebelum ini adalah Gabenor Jakarta.

Inilah bas wisata dan keadaanya begini untuk menaiki bas. Gambar hak milik  TRIBUNNEWS
Sebelum pulang, kami singgah ke rumah keluarga angkat Lim sambil ngobrol lagi dan minum petang. Apabila sampai jer hotel saya memang keletihan terus baring atas katil sehingga tertidur. Ingatkan nak update facebook dan Instagram rupa-rupa badan dan otak sudah rasa letih. Saya tidak dapat menahan rasa letih dan di campur dengan ngantuk.

HARI KETIGA : MARILAH PULANG


Pagi bangun agak awal kerana memang dah berjanji dgn Lim nak berjalan-jalan sekitar hotel di mana kami berjalan lebih kurang 300 meter ke kanan dan kemudian ke kiri dan akhir patah balik ke hotel. Sebelum keluar dari hotel kami tanya pada staf hotel breakfast di sediakan ke kerana bilik kami ini di book oleh kawan kami. So staf hotel itu bilang ( beritahu ) breakfast disediakan.

Ini sarapan saya untuk pusing pertama :)
Lebih kurang jam 10 pagi kami check out dan sahabat kami Tirta terus pick up kami dan bawa ke airport. Saya agak confuse di airport Jakarta kadang-kadang sesetangah airport apabila anda dah check in still kena check in sekali lagi untuk diberi boarding pass dan tempat duduk. Mula-mula nak pergi check in flight, tetapi sebelum saya beratur saya bertanya pada staf AirAsia Indonesia dan mereka bilang tidak perlu. So terus ke tingkat atas yang berhampiran ke pintu masuk Departure Hall. Sebelum masuk ke 'Departure Hall' kami lepak di Starbuck sambil ngobrol kisah-kisah silam dan isu semasa. Flight kami lebih kurang jam 12.30 petang dan saya tiba lebih kurang petang di airport. Lebih kurang jam 6.30 petang saya tiba di rumah dan kawan saya Lim gerak terus dari KLIA2 ke Melaka dengan menaiki bas. Alhamdulillah semuanya selamat tiba ke rumah masing-masing membawa seribu satu pengalaman yang indah dan baru.

Post dulu sebelum pulang hehehe.

*Saya ingin ucapkan terima kasih kerana kepada Trisya atas jemputan perkahwinannya dan juga kepada Tirta , Abe dan Dhini atas hospitality kalian semua kepada kami sepajang berada di Jakarta. Kami rasa senang dan selesa sekali dengan kalian semua. Once again thank you every much. Hope to see you in the future.

"Think Your Next Trip, Think Malaysia Backpackers"

P.S : I'd love to meet you on Twitter : here

Read other perspectives on this topic from awesome group of backpackers at Malaysia Backpackers Group

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Share this:

 
Copyright © 2014 Koloni Traveler. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20