BREAKING NEWS

Thursday, February 07, 2013

10 Perkara tentang KLD Tunas Samudera

Seperti yang saya janji saya akan cerita pengalaman saya selama 10 hari di atas KLD  Tunas Samudera. Tetapi saya akan ceritakan .....

10 perkara yang perlu anda tentang program KLD Tunas Samudera




10 perkara yang perlu anda tentang program KLD Tunas Samudera

1. Walaupun semua pergi di sahkan sihat oleh doktor berdasarkan borang 'Medical Checkup' , tp bila di atas kapal mcm2 penyakit datang seperti takut , tulang belakang , apendix dll.

2. Tempat tidur (cabin) hanya muat utk 9 orang dan selebihnya tidur atas deck . Just imagine pelatih seramai 28 org. Satu cabaran bagi pelatih untuk menyesuaikan keadaan dan memastikan kabin berbau segar ;)

3. 10 hari untuk belajar semua perkara tentang kapal layar memang tak cukup. Kelas yang paling membosankan adalah pada waktu malam kerana semua pelatih letih dan ngantuk sedangkan infomasi yang disampaikan sangat menarik tentang peranan TLDM dan juga Code Morse. Paling menghiburkan hati adalah acara kebudayaan umpama acara meluahkan perasaan melalui pergèrakan bibir dan anggota badan.

4. Segala modul aktiviti adalah berdasarkan umur dan kesanggupan kita melaksanakan aktiviti yang disediakan. Walaubagaimana pun kata putus terakhir adalah kapten kapal (co). Kalau dia kata ada aktiviti terjun laut, maka semua kena terjun. Kerana aktiviti bergantung pada cuaca dan keadaan laut. Kalau hujan , semua di minta berada dlm kapal / kabin.

5. Mabuk laut dan muntah adalah perkara biasa dalam program ini. Cara nak elakkan , jangan biarkan perut kosong dan memikirkan tentang mabuk laut . Layan jer hahaha. Kalau nak muntah, muntah jer dan jangan tahan. Pastikan muntah di Bull Ring dan tidak mengotorkan kapal.

6. Setiap pelatih akan dibekalkan 2 pasang baju , sehelai seluar, sepasang kasut dan juga beg

7. Lawatan / Outing adalah saat yang ditunggu oleh semua pelatih di mana pelatih diberi masa untuk berjalan- jalan sekitar bandar apabila kapal berlabuh di kawasan terpilih.

8. Saat paling mengasyikkan adalah ketika saat sunrise dan sunset di tengah lautan biru. Saat paling dengin adalah ketika kapal berlayar sambil ditiup angin.

9. Saat paling menakutkan adalah apabila berada dia atas 'Top Galant'. Best tgk lautan sambil layan 100 Plus haha.

10. Setiap pelatih akan diberi satu sijil penyertaan dan jika terpilih menjadi pelatih terbaik akan mendapat satu lagi sijil , iaitu sijil baik. Sijil cemerlang tiada lagi. Jika melalui garisan khatulistiwa akan dapat satu lagi sijil.

P/s: Banyak lagi nak tulis tp tunggulah catatan peribadi saya dalam post akan datang termasuk fakta KLD Tunas Samudera




"Think About Your Next Trip"

Share this:

 
Copyright © 2014 Koloni Traveler. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20