BREAKING NEWS

Wednesday, July 24, 2013

Hari Pertama atas Kapal Layar Diraja Tunas Samudera

Hari Pertama : Nervous , tak sabar , adakah akan dilayan seperti tentera?

 Hari ini hari yang ditunggu-tunggu seawal pagi kami telah berkemas untuk meninggal Kem Intan Suraya tempat menjadi latihan 'team building' bagi peserta KLD Tunas Samudera 280/2012. Pagi  kami terus bergerak ken Kem Lumut TLDM yang menjadi pusat operasi dan latihan TLDM . Sebenarnya ada peserta yg tak prepare sangat kerana terdapat pencanggahan peralatan yang perlu dibawa. So kami singgah Koperasi TLDM , aku beli hanger kat akak jual baju kurung sebab tak jumpa hanger kat koperasi.  Tibanya kami di dock kapal terasa bangga melihat kapal yang tersenggam indah di sambut oleh staf kapal. Secara tidak lansung penyerahan peserta kepada staff kapal berlaku dan tanggungjawab mereka terhadap kami.

Apa lagi kami disuruh kawad, nasib baik kawad yang simple punya dan nak marah2 mcm ala-ala tentera haha. Lebih kurang 15 minit kawad mcm tu akhirnya kami disuruh ke kapal dan berkumpul di deck kapal . Kami diberi taklimat ringkas kerana kapal perlu bergerak mengikut jadual telah ditetap disebabkan kelewatan kami akibat mengambil masa utk membeli barang.

Selepas tamatnya taklimat ringkas dari XO ( Pegawai Koordinasi Program yang mewakili TLDM) tetapi yang lebih berkuasa adalah CO (Kapten Kapal) kerana dia yang bertanggungjawab seluruh kapal dan anak kapal. Selepas itu penyerahan baju dan beg berlogokan KLD Tunas Samudera. Mereka memberi dua helai baju lengan panjang, beg, dan kasut. Baju official berwarna biru dan baju mengikut awasan. So agak saya dapat baju awasan apa? Warna merah. Mengikut tradisi awasan merah ni awasan yang selalu kalah hahaha so kebetulan itu berlaku dalam kumpulan saya. Semasa di Kem Intan Suraya , saya adalah ketua kumpulan awasan merah. Perubahan awasan telah berubah . Sekarang ada untuk melantik PENGHULU , secara tiba-tiba mereka telah melantik saya menjadi hasil pencalonan peserta kapal. Rombakan kuasa telah berlaku lagi hahah apa sebab nanti saya beritahu di hujung cerita hehehe.

Wisel telah dibunyikan tandanya kami agak bergerak, staf yang berada di 'dock' memberi tabik hormat dan tepuk semangat TUNAS. dan kami semua akan berdiri tegak di deck kapal mengelilingi kapal sebagai tanda hormat. Apabila sudah jauh dari 'port' semua anak kapal akan tarik layar dan bermulanya pelayaran saya ke Langkawi. Taklimat diberikan oleh staff yang bertugas di mana setiap awasan dijaga oleh 2 orang staf. Untuk aktiviti pertama adalah taklimat tentang 'Apa Yang Anda Lihat' di kapal dan lawatan kesetiap penjuru kapal dan kami perlu hafal setiap nama benda yang ada pada kapal seperti 'bull ring' , washer dan lain-lain. Kebanyakan aktiviti ada pertandingan sesama awasan.

 Tempat solat adalah di atas deck dan makan pun sama di deck kerana ruang makan dan kabin sangat kecil . Pandai-pandailah korang sumbat dalam kabin tu dengan beg, kasut, baju.  Kalau bersepah dan berbauk busuk ( bau kasut ) memang korang kena brainwash lah hahah. Nak tau teknik mcm mana tanya staf di situ yang muka agak2 comel atau nampak hati baik mereka akan bantu. Yang penting jgn sombong dengan mereka kerana mereka pasti layan baik dengan kita kerana mereka pun manusia.

Nak amik gambar pun boleh tetapi peralatan adalah tanggungjawab sendiri hehehe.(gelak ada makna). Malam selepas pukul ada masa 'centry' iaitu kawalan malam mengikut shif dan awasan. Untuk pertama kali centry atas kapal saya perlu berada di hadapan selama 3 jam setiap 30 minit perlu laporkan keadaan tentang cuaca dan apa yang dilihat di hadapan dengan menggunakan teropong dan melaporkan melalui walkie talkie ke pegawai yang bertugas. Semasa kami bertugas 'centry' kami bantu oleh yang staf bertugas pada waktu itu. Saya pada mulanya malu-malu jugak lah nak berbual apa , tp lama-lama ok tanya dia mcm-mcm mana nak tahu jarak kapal dengan daratan melalui cahaya , cuaca dan mcm-mcm lagi. Lepas tu mungkin banyak sangat aku tanya dia jawap ko tak perlu tahu banyak sangat bukan ko nak jadi anak kapal pun lagi 10 hari nak belajar tentang kapal tak cukup saya pun banyak lagi perlu belajar jelas beliau.

Malam tu memang layan lah suasa atas kapal dengan suasana dingin dan angin . Terkenang suasana atas kapal FUJIMARU semasa program SSEAYP 2010. Saya tanya ada hantu ker hahaha mcm hantu laut, tp dia cakap atas kapal ada pantang larang jugak jangan cakap sebarangan kerana apa yang kita cakap tu boleh berlaku secara tiba-tiba. Setakat ini saya tak mabuk laut dan muntah. Masih steady lagi maklumlah dah jadi penghulu kena steady hahaha. Korang layan gambar dulu yer .......saya akan sambung cerita di Langkawi dalam post akan datang .








"Think About Your Next Trip"
Enhanced by Zemanta

Share this:

 
Copyright © 2014 Koloni Traveler. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20