BREAKING NEWS

Tuesday, December 02, 2014

Urban Cafe di Pasar Santa Jakarta

Team Malaysia Backpackes kali ini berada di Jakarta atas undangan perkahwinan sahabat dari Indonesia. Kami sempat singgah Urban Cafe ini yang masih baru di Jakarta.Untuk pengetahuan anda sebenarnya nama tempat ini adalah Pasar Santa Saya memberi nama Urban Cafe kerana dari segi dekorasi dan makananya semua urban dan gaya minimalist . Urban cafe ini sebenarnya adalah pasar yang mempunya 3 tingkat kalau orang Indonesia bilang 3 lantai. Di tingkat bawah sekali adalah pasar kering yang menjual sayur-sayuran dan juga kemungkinan pasar basah

Di tingkat 1 kedai-kedai kecil menjual bahan-bahan runcit dan juga pakaian. Sebenarnya untuk tingkat  1 dan 2 adalah kedai yang bersaiz kecil seperti toko-toko di Tanah Abang. Siapa yang pernah pergi Tanah Abang dia tahulah betapa kecilnya saiz-saiz kedai.

Menurut teman saya dari Indonesia ini , sebenarnya di tingkat 2 kedainya memang tidak laku dengan erti kata lain suram. Maka atas inisiatif beberapa belia Indonesia maka mereka menjadikan tingkat 2 sebagai aktiviti belia menjalankan perniagaan salah satu sumber pendapatan sampingan mereka selepas waktu bekerja terutama di waktu malam.

Biasanya waktu beroperasi adalah Jumaat  sehingga Ahad , tetapi ada yang dibuka setiap hari. Memang suasananya sangat happening dengan pelbagai jenis jualan makanan berunsur barat dan makan moden dan juga jualan-jualan seperti baju ala-ala street wear dan barang-barang yang budak zaman belia berniaga.

Bagi saya tempat ini sangat menarik untuk dikunjungi kerana terdapat pelbagai jenis makanan barat dan juga kita boleh melihat gaya pemuda Indonesia masa ini atau Perempuan Masa Kini heheh. Saya sempat juga merasa 2 jenis makanan di sana, tetapi tempat duduknya amat terhad bagi setiap cafe makanan. Nak tahu sedap atau kurang sedap lihat pada kedai yang sentiasa penuh dengan orang atau sentiasa dikunjungi orang.

Kalau ngobrol sama teman-teman sambil lihat perempuan masa kini dan menjamah makanan memang sangat enak!


Cafe Mexico pun ada
















Aiskrim campur Pie








Lokasi : Kebayan Baru, Jakarta Selatan.





"Think Your Next Trip, Think Malaysia Backpackers"


P.S : I'd love to meet you on Twitter : here


Read other perspectives on this topic from awesome group of backpackers at Malaysia Backpackers Group


And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Share this:

 
Copyright © 2014 Koloni Traveler. Designed by OddThemes | Distributed By Blogger Templates20