Kejadian yang berlaku baru-baru ini di Bangkok amat mendukacitakan kepada rakyat Thailand dan juga warga pelancong. Tetapi jika anda biasa mengikuti perkembangan semasa, kejadian letupan sering berlaku di Thailand terutama di Selatan Thailand. Oleh itu tidak asinglah bagi warga Thailand jika berlaku pengeboman di negara mereka.
Oleh yang demikian melawat negara yang bergolak adalah satu risiko kepada backpackers tetapi tidak bermakna kita tidak boleh pergi ke negara bergolak kerana mungkin hanya kawasa tertentu sahaja yang bermasalah tetapi kawasan lain aman dan damai. Mungkin kita boleh mengambil beberapa langkah-langkah keselamatan seperti berikut :
Sentiasa mengetahui akan perkembangan semasa melalui online akhbar tempatan dan luar negara.
Apabila kita tahu akan perkembangan semasa, dinasihatkan menjauhkan dari kawasan yang kerap berlaku masalah atau kawasan bergolak.
Mesara dengan orang tempatan untuk mendapat maklumat terkini atau keadaan semasa di negara yang kita lawati.
Tidak memakai baju yang menunjukkan kita dari negara asal atau warna/logo yang menyokong mana-mana kumpulan politik/ngo di negara bergolak atau bermasalah. Ini kerana tidak mahu orang tempatan mempunyai perasaan dendam atau tidak berpuashati kepada kita hanya kerana sehelai baju. Jika kita memakainya secara tidak lansung menujukkan kita menyokong kumpulan tersebut.
Membalut buku travel guide dengan suratkhabar tempatan
Memilih rakan travel / tempatan yang betul-betul dan sangat membantu.
Memakai pakaian yang tidak menjolokkan mata atau tidak bersesuaian dengan keadaan orang tempatan.
Di nasihatkan memakai memakai seperti orang tempatan.
Tidak digalakkan balik terlalu lewat kerana kebanyakkan kejadian yang tidak berlaku diwaktu lewat malam.
Di nasihatkan tidak melalui kawasan yang mencurigakan dan kawasan gelap.
Sentiasa 'aware' dengan kawasan sekeliling kita kerana ditakuti anda diekori oleh orang.
Berdoa dan berserah kepada Tuhan. Itu lah jalan yang terbaik setiap kali memulakan pengembaraan.
Apa-apa pun risiko tetap ada di mana-mana anda mengembara. Semuanya terletak di tangan anda untuk membuat keputusan berdasarkan pertimbangan-pertimbangan yang ada pada anda. Saya ada menulis ebook tentang 20 LANGKAH KESELAMATAN SEMASA BERBACKPACKERS untuk anda yang mungkin boleh membantu anda membuat keputusan melibatkan isu keselamatan semasa berbackpackers. Bagaimana? Hanya klik pada gambar tersebut dan kemudian sertakan nama dan email. Dan akhir sekali CONFIRMKAN subscription. Anda akan menerima email dari saya.
"Think Your Next Trip, Think Malaysia Backpackers"
Orang kata muka dan kulit aku mcm orang Philippines , ada kata mcm Indonesia , ada kata mcm Singapura , ada kata macam Thailanda, ada kata macam Cambodia senang citer mcm orang ASIA . Tetapi Masih tiada lagi orang cakap muka dan kulit aku mcm orang Hawaii hahaha.Sebagai observer dan kadang2 ada memberi pandangan dlm group backpackers dan travel kadang2 aku rasa ada sebilangan kecil manusia suka mempertikaikan tindakan orang lain seolah-olah mereka ini rasa HEBAT sangat kerana dah banyak tempat mereka pergi atau tempat yg mereka pergi itu mereka rasa mereka paling OTAI. Walhal ada orang yang lagi hebat dari kita. Sepatutnya sebagai seorang TRAVELLER atau Backpackers menjadikan kita lebih matang dan berfikiran terbuka dalam menerima pendapat dan menilai seseorang itu.
1. Mengapa kita perlu pertikaikan orang yang travel pakai beg TARIK, janji dia travel dan adakala travel lebih jauh dari kita. Ada member Philippines aku travel 10 hari travel ke Myanmar , Thailand dan Malaysia dgn beg tarik, Akhirnya dia belajar sesuatu yang dia perlu menggunakan HAVERSACK jika travel untuk tempoh yg lama.
untuk trip pendek saya gunakan beg tarik selalunya atas urusan kerja dan event
2.Apa salahnya mereka hendak duduk hotel berbanding budget hotel / hostel. Kalau dia nak privacy dan mampu apasalahnya duduk hotel. Tetapi jika dia hendak mingle around dgn traveller or backpacker duduk lah hostel / budget hotel / guesthouse. Member Philippines aku 1st time duduk hostel for backpackers share stories yang dia seronok duduk di situ kerana dapat mingle around and share stories trip masing2 dgn traveller dari luar dan tempatnya bersih. So dia dapat belajar sesuatu di situ bahawa hostel / budget hotel / guesthouse bahawa sebenarnya bersih dan selesa.
@ Train Guesthouse Bangkok
3. Orang kita terasa hati apabila kita tidak tegur mereka di obersea. Hati kaca sungguh lah mcm ni. Sepatutnya kita perlu rasa murah hati untuk membantu mereka apabila kita nampak mereka dalam kekalutan atau kegelisahan.Depa bukan tahu ko ni orang Malaysia sebab muka pun dah mcm Bangladesh, Mexico dll dan depa bukan tau yang hang ni kerja kat sini tah2 sama mcm mereka nak travel jugak. Sebab tu mereka prefer orang local. Aku pun jarang tegur orang Malaysia tetapi aku akan senyum jer lagi2 kalau awek aku tegurlah jika berselisih hehehe.
4. Apa itu traveller? Senang citer bermaksud mengembara dari satu tempat ke satu tempat. Ini kita senang2 jer mempertikaikan trip org tanpa alasan kukuh. Sebagai seorang traveller, pasti ada sesuatu perkara yang luar biasa ingin dilakukan tetapi masih lagi diterima akal dan logik.Tidak semua traveller akan ikut 'itinerary' kita sebab selalunya 'traveller' ada misi yang ingin dipenuhi contoh nak lepak kat masjid di setiap negara dalam masa singkat. Oleh itu sentiasalah bagi sokongan dan cadangan bernas terhadap idea mereka ini.
So santai-santai jelah jangan nak serious sangat
santai di Hadyai
"Think Your Next Trip, Think Malaysia Backpackers"
Ramai orang hendak cuba travel secara solo atau solo backpackpacker. Tidak ada masalah kerana solo backpacker sangat mencabar dan menyeronokan jika kita tahu caranya. Untuk langkah pertama nak cuba travel secara solo kenapa tak cuba dalam negara dulu. Saya pernah ke Kuching selama 4 hari dan rezeki pada malam terakhir ada orang belanja makan burger. Saya pernah ke Miri - Brunei - Labuan secara solo. Jika anda ada rasa was-was atau ragu-ragu ketika berjalan secara solo, perasaan itu akan sama berlaku jika anda travel secara solo di negara orang. Saya selalu mengambil langkah berhati-hati seperti tidak lalu di lorong gelap atau sunyi dan juga selalu memastikan tiada orang follow kita dari belakang. Jika kita travel secara solo dia asia tenggara maybe kurang sikit perhatian kerana muka orang asia lebih kurang sama sahaja. Cuma dari segi bahasa mereka boleh 'detect' kita bukan orang tempatan. Oleh yang demikian banyakkan baca buku atau blog tentang budaya orang luar. Secara tidak lansung memberi kita panduan bagaimana hendak bergaul dengan mereka. Back to basic always be humble and respect the local culture. Not to forget dont show your weird face. Solo backpacker akan menjadi menarik apa bila kita dapat membuat kawan baru dengan orang tempatan atau backpacker
"Think Your Next Trip, Think Malaysia Backpackers"
Miri airport is that the third busiest airport in Malaya in terms of craft movements, serving 2.2 million passengers in 2013. it's conjointly one in every of the country's top three airports in terms of craft movements and therefore the fifth busiest in terms of passengers handled. Miri airport could be a major hub for MASWings that took over most of the principally rural domestic services from FlyAsianXpress.
Miri airport wont to be the second largest airport in dominion, when Kuching International airport. However, the position was overtaken by Sibu airport in July 2012 when the upgrading of Sibu Airport's terminal.
Miri's location within the middle of Malaysia Borneo and shut to the border of Brunei makes it an acceptable hub for rural air services and a vital entry to dominion. In 2013, there have been two,223,172 traveler movements, and 47,585 craft movements within the airport.
Miri airport is important airport for local people to connect to other place either for domestic or for international flight. By the way from airport to city it take around 15 minuets by taxi and you can also take public bus but i take long time to wait the bus.
"Think Your Next Trip, Think Malaysia Backpackers"
Solo travel may not be high on the list of things to do for many, but for some people with an intense desire to see the world, taking the solo travel route might just be the only way. Believe it or not, not all people have a desire to roam ancient ruins, trek through bug infested jungles or try and navigate through a city where no one speaks the same language. So, for those travelers who get excited by these thoughts, finding a travel partner is the most difficult task of all.
Instead of giving up, solo travel becomes an option, but it can be an option full of apprehension and fear. Fortunately, solo travel can be an amazing opportunity full of life-changing and growing experiences that will forever impact a person's existence. When the anxiety of an impending solo adventure seems like it is too much - relax! There are plenty of ways of taking the fear out of solo travel!
1) Travel to familiar places first. Instead of heading to the furthest place possible in respect to your current living situation, try starting a solo trip off in a familiar place. A familiar place can be a location you have previously traveled to on past trips, or it can be a place that has a similar size, feel or language as your home. This will get the travel juices flowing and provide preparation for further journeys.
2) Get firsthand accounts. There is only so much a travel guide can tell, and the fact that it was written much longer ago than one would hope, they might not always be correct. Track down blogs of people who have been there and see what they have to say. The more one knows in advance, the less there is to be surprised about later on, and that alone can take the fear out of solo travel.
3) Participate in group activities. What better way to meet people with similar interests then to join a group?! Test your hand at a language course, volunteer to help build a house, or just sign up for a tour. All of these options provide a way to make friends, and possibly future travel friends, as well as the opportunity to not feel alone.
4) Stay in a hostel. Hostels are havens for travelers. They provide a cheap place to sleep, and they also provide the means to meet others just like you! Stay in a hostel for a night or two and most people will find new travel plans, location insights, and even travel buddies. Choosing to stay in hostels can easily take the fear out of solo travel because you are not coming back to a lonely hotel every night.
Solo travel does not have to be a scary thought. Seeing the world on one's own and on one's own schedule can be a truly liberating experience not to be overlooked because of a little fear.
Brooke is a solo female world traveler that has been globetrotting since September, 2007. She lays down the truth about traveling alone in her article, "The Good and Bad of Solo Travel". Read about Brooke's own adventures on her travel blog: http://brookevstheworld.com.
Trip kali ini adalah jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat Indonesia kami di Jakarta. Ini adalah kali ke-4 ke Jakarta so nak berjalan sangat tu takdelah sangat tetapi lebih kepada lepak-lepak dan ngobrol (berbual) dengan teman dari Indonesia sembil menghadiri majlis perkahwinan.
Menunggu flight jam 6.30 pagi
HARI PERTAMA : JUMAAT (NASI UDUK, MAGNUM AIS KRIM, PASAR SANTA)
Sampai jer kami di lapangan terbang antarbangsa tengah hari Sabtu macam tu sampai sahaja pintu luar airport kami terus diculik hahah. Saya ingat kan 'arrival' di airport yang sama rupa-rupanya berlainan kerana setiap Airlines berlainan airport. Untuk trip ini saya menggunakan Malindo Air dan pembelian tiket adalah melalui AIRPAZ kerana saya nak cuba dan website ini boleh beli tiket pergi dan balik berlainan Airlines. Nanti saya ceritakan dilain waktu tentang Airpaz ini.
Disebabkan saya dan travel buddies saya Lim pun lapar mereka membawa saya Nasi Uduk lebih kurang mcm Nasi Lemak lah kat Malaysia. Nasi Uduk ni tawar maksud saya nasi putihnya seperti nasi kukus berbanding Nasi Lemak yang lebih Urrrrmm rasa lemaknya . Ada orang kata Nasi Uduk ini biasanya dihidangkan semasa majlis kenduri tahlil. Apa pun tempat saya makan kedai sudah menjangkau 15 tahun dan terletak di Jalan Kebon Kacang. Sebagai orang luar , untuk ke kedai ini agak payah kerana dari jalan utama memang tidak nampak sebaliknya perlu melalui jalan sehala di celah-celah bangunan. Memang sungguh kenyang sebab saya tapau 2 bungkus nasi.
Selepas lunch Nasi Uduk di Kedai Zainal Fanani, mereka terus membawa kami ke Grand Indonesia Mall antara pusat membeli yang terkenal di Indonesia kerana terletak di tengah Kota Jakarta. Untuk pengetahuan anda sebenarnya di Jakarta di banyak sangat shopping mall jalan sikit mesti jumpa shopping mall bukan kecik besar pulak tak . Mula-mula mereka kata nak bawa lihat galeri so saya ingat seperti galeri seni tentang Indonesia. Rupa-rupanya adalah galeri tentang serba ringkas budaya dan tempat menarik di sekitar Indonesia yang dinamakan sebagai Galeri Indonesia Kaya.
Galeri ini di 'support' oleh Yayasan Rokok %&&$* sebagai penyumbang dana dalam projek ini. Galeri Indonesia Kaya ini adalah berbentuk INFO DIGITAL di mana anda boleh melihat serba ringkas tentang budaya di seluruh daerah Indonesia dari segi pakaian, alat muzik dan permainan tradisional. Di sini juga terdapat info digital tempat-tempat pelancongan yang terkenal di Indonesia.Anda juga boleh mencuba 'game digital' berusur informasi yang memerlukan pergerakan tubuh badan anda. Galeri ini lebih fokus kepada informasi kebudayaan Indonesia dan anda tidak perlu bayar untuk masuk ke galeri ini. PERCUMA
Galeri Indonesia Kaya Lokasi : Grand Indonesia Mall, Jakarta Tengah Level : Tingkat (lantai) atas sekali , bersebelahan pawagam. FOC
Selepas menghabiskan masa lebih kurang satu jam di Galeri Indonesia Kaya, kami semua berjalan-jalan di sekitar dalam shopping mall tanpa tujuan hahaha. Lalu mereka ajak 'tea time' tetapi bukanlah minum teh sebaliknya Ais Krim Magnum dan ketika itu di Malaysia masih belum ada lagi hehehe rasa beruntung pulak dapat rasa di Jakarta kerana selepas beberapa minggu kami pulang dari Jakarta baru anda di Malaysia. Semua sibuk pakat upload gambar ais krim magnum di facebook. Sebelum ini juga saya pernah makan Ais Krim Heagen Dazs di Jakarta cewek bawa hehehe so kalau nak membuat perbandingan Heagen Dazs better than Magnum.
Sebelum pulang ke hotel saya sempat singgah ke Toko Musik ( Kedai Kaset dan CD Muzik ) untuk mencari album terbaru dari band kesayangan saya Maliq D'Essential. Sebenarnya di Indonesia ramai band-band jazz yang berkualiti sedap untuk di dengar.
Antara lagu kegemaran saya dalam album Musik Pop
Dari ke Grand Indonesia Mall kami tidak ada apa-apa rancangan dan saya pun rasa keletihan bayangkan dari airport terus berjalan-jalan di shopping mall yang besar. Tetapi saya rasa teruja dan seronoklah maklumlah lama tidak jumpa kawan-kawan lama dan pasti banyak perkara diimbaskan kembali memori bersama-sama dalam program SSEAYP. So takkan nak tunjuk muka letih betul tak?
Normally kalau pergi mana-mana pun saya cakap I'm ok or I just follow. Lagi pun mereka dah tahu saya ni dah beberapi kali ke Jakarta so mereke akan cuba bawa ke tempat-tempat baru atau tempat yang kami tidak pernah jejak di sekitar Jakarta.
So kami pulang ke hotel yang telah ditempah oleh sahabat saya ini. Saya tak ingat apa nama hotel ini tetapi ialah adalah pusat latihan tetapi kemudahan biliknya seperti hotel cuma peralatan lama maybe sebab bangunan lama. So saya dan rakan diberi masa utuk berehat sehingga jam 8 malam macam sekolah pulak hahah tak lah sebenarnya mereka merancang untuk membawa kami keluar makan so kena lah siap sedia masa yang telah diberi tahu. Sempatlah saya tidur-tidur ayam bagi rehatkan badan. Janji dapat lelapkan mata sekejap pun ok.
Lebih kurang jam 8 malam kami keluar menuju ker Pasar Santa yang terletak di Kabayan Baru , Jakarta Selatan dan berhampiran Stadium Bung Karno. Macet (traffic jam) jugak untuk kami menuju ke sana. Urban Cafe ini yang masih baru di Jakarta.Untuk pengetahuan anda sebenarnya nama tempat ini adalah Pasar Santa Saya memberi nama Urban Cafe kerana dari segi dekorasi dan makananya semua urban dan gaya minimalist .
Urban cafe ini sebenarnya adalah pasar yang mempunya 3 tingkat kalau orang Indonesia bilang 3 lantai. Di tingkat bawah sekali adalah pasar kering yang menjual sayur-sayuran dan juga kemungkinan pasar basah. Di tingkat 1 kedai-kedai kecil menjual bahan-bahan runcit dan juga pakaian. Sebenarnya untuk tingkat 1 dan 2 adalah kedai yang bersaiz kecil seperti toko-toko di Tanah Abang. Siapa yang pernah pergi Tanah Abang dia tahulah betapa kecilnya saiz-saiz kedai.
Menurut teman saya dari Indonesia ini , sebenarnya di tingkat 2 kedainya memang tidak laku dengan erti kata lain suram. Maka atas inisiatif beberapa belia Indonesia maka mereka menjadikan tingkat 2 sebagai aktiviti belia menjalankan perniagaan salah satu sumber pendapatan sampingan mereka selepas waktu bekerja terutama di waktu malam.
Biasanya waktu beroperasi adalah Jumaat sehingga Ahad , tetapi ada yang dibuka setiap hari. Memang suasananya sangat happening dengan pelbagai jenis jualan makanan berunsur barat dan makan moden dan juga jualan-jualan seperti baju ala-ala street wear dan barang-barang yang budak zaman belia berniaga.
Bagi saya tempat ini sangat menarik untuk dikunjungi kerana terdapat pelbagai jenis makanan barat dan juga kita boleh melihat gaya pemuda Indonesia masa ini atau Perempuan Masa Kini heheh. Saya sempat juga merasa 2 jenis makanan di sana, tetapi tempat duduknya amat terhad bagi setiap cafe makanan. Nak tahu sedap atau kurang sedap lihat pada kedai yang sentiasa penuh dengan orang atau sentiasa dikunjungi orang.
Kalau ngobrol sama teman-teman sambil lihat perempuan masa kini dan menjamah makanan memang sangat enak! Tetapi jam dah menunjukkan jam 12 malam , kami harus pulang kerana esok perlu bangunan awal untuk menyaksikan majlis pernikahan sahabat kami ini.
HARI KEDUA : TRISYA AND ARSI BIG DAY
Bangun seawal pagi yang boleh sebab macam biasa Jakarta jalan mereka memang tidak boleh jangka even hari minggu macam Kuala Lumpur juga. Siapkan sarapan dan angkut semua beg sebab kami akan tinggal di hotel yang lain pulak. Memang dah jangka on the way ke tempat Dewan persandingan yang berhampiran Stadium Bung Karno memang ada event berbasikal memang macet lah jalan raya . Akhirnya kami terlepas mendengar Sang Pria melafazkan nikah. Tidak mengapa tetapi kami masih sempat melihat bagaimana majlis nikah ini berjalan dengan penuh adat dan tatacara budaya orang Jawa.
Memang berbeza lah mereka punya adat istiadat majlis nikah ini penuh dengan tertib dan sopan .Bila buat dalam dewan dan di saksikan secara terbuka oleh kedua-dua belah keluarga nampak 'grand' lah dan teratur. Kalau saya yang nikah macam mana agaknya ialah majlis dah lah grand dan formal maklumlah buat dalam dewan . Dijemput pulak tu ramai tetamu pasti saya nervous dan berpeluh nak melafaz nikah hehehe. Apa apa pun benda yangbaik ishaallah pasti Allah permudahkan urusan kita.
Selepas majlis nikah rehat selamat 2 jam lebih sambil tetamu menjamu juadah sarapan pagi. Apa lagi saya tetap nak cuba sarapan pagi walaupun sudah makan di tempat penginapan tadi kerana maklumalah Indonesia ini mempunya pelbagai jenis juadah. Tetapi anda jangan terkejut sarapan yang disediakan di luar dewan utama tetapi masih di kawasan dewan kerana makan untuk majlis persandingan adalah di dalam dewan utama yang telah disusn atur. Walaupun begita saya terpaksa berdiri sambil makan kerana kerusi memang tidak disediakan. So jangan terkejut jika anda hadir ke majlis perkahwinan di Indonesia di mana anda perlu berdiri sambil makan kerana ini sebahagian cara mereka. Mungkin sudah menjadi budaya mereka dan saya sudah 2 kali menghadiri majlis perkahwinan di Jakarta. Jika ada pun kerusi atau meja memang terhad.
Lebih kurang jam 12.00 tengah hari pasangan pengantin diarak masuk ke dalam dewan diiring seorang penari yang berada dihadapan sekali.Selepas penganting berada di atas pentas barulah tetamu menjamu selera. Terdapat pelbagai juadah sama modern/western atau pun tradisional. Saya cuba beberapa hidangan yang tidak pernah saya rasa. Apapun sebab nak rasa punya perut saya memang 'full' kenyang lah. Meriah sungguh majlis ini dengan pelbagai juadah makanan, anda kena pergi suatu hari jika ada sahabat dari Indonesia yang bakal melansung majlis perkahwinan. Dan majlis bertambah serinya dua kumpulan muzik di mana satu muzik tradisional dan lagi satu band jazz. Untuk gambar lengkap majlis perkahwinan boleh klik sini
Lebih kurang jam 2 petang kami pulang dari majlis dan mengikut sahabat Indo majlis ini akan tamat jam 3.00 ptg. Saya lihat pasangan pengantin dari start masuk berarak sehingga jam 2.00 ptg memang tidak makan dan berdiri jer di atas pentas. Terdetik dalam hati saya "mereka ini tak letih ker , mereka ini dah makan ker belum, jika belum kesian mereka takpelah bukan selalu sekali dalam seumur hidup mereka'. Untuk kami akan tinggal di tempat lain iaitu Hotel Aramis Cilegon. Memang penat juga lah menghadiri perkahwinan dengan sahabat saya ini kerana banyak perkara yang dibualkan dengan sahabat-sahabat Indonesia yang lama mahu pun baru. So itu memerlukan banyak tenaga walaupun di perut di isi dengan pelbagai hidangan yang disediakan heheh. Maka kami perlu berehat seketia di hotel Aramis ini yang empuk lagi selesa. Walaupun budget hotel tetapi sungguh selesa maklumlah hotel baru. Untuk melihat review tentang hotel ini boleh click sini Hotel Aramis
Rehat pun tidak lama di hotel kerana sebentar lagi saya akan menemankan 'travel buddies' berjumpa keluarga angkatnya . Lebih kurang jam 3 petang mereka datang dan pickup kami ke Lotte Shopping Avenue yang baru siap di bina. Untuk pengetahuan anda di Jakarta banyak shopping Mall di mana almost setiap daerah di Jakarta mesti ada satu atau dua yang berdekatan. Kami pun tak pusing sangat sebab penat dan tak larat nak pusing for window shopping mall yang besar ini. So kami lepak di food court with the family sambil ngobrol (berbual) hal-hal keluarga dan semasa.
Selepas tu kami di bawa untuk mencuba bas wisata Jakarta yang percuma di mana kami akan dibawa mengelilingi sekitar tempat tumpuan di bandar Jakarta mengikut laluan yang telah ditentukan. Malangnya bas itu sentiasa penuh maklumlah PERCUMA dan tempat terhad di mana semua penumpang tidak dibenarkan berdiri. Jika ada yang berdiri, pengawal bas akan minta keluar dan tidak akan berjalan selagi ada penumpang yang berdiri. Itulah pengalaman saya ingat boleh masuk rupa-rupa kena ada tempat duduk, jika tiada mohon keluar yer hehee. Di tambah buruk lagi di mana saya terpaksa berebut dengan orang tempatan untuk masuk ke dalam kerana mereka tidak beratur untuk memasuk bas. Akhir kami semua membuat keputusan untuk pulang. Menurut sumber yang dipercayai idea Bas Wisata Jakarta adalah dari Presiden Indonesia Jokowi yang sebelum ini adalah Gabenor Jakarta.
Inilah bas wisata dan keadaanya begini untuk menaiki bas. Gambar hak milik TRIBUNNEWS
Sebelum pulang, kami singgah ke rumah keluarga angkat Lim sambil ngobrol lagi dan minum petang. Apabila sampai jer hotel saya memang keletihan terus baring atas katil sehingga tertidur. Ingatkan nak update facebook dan Instagram rupa-rupa badan dan otak sudah rasa letih. Saya tidak dapat menahan rasa letih dan di campur dengan ngantuk.
HARI KETIGA : MARILAH PULANG
Pagi bangun agak awal kerana memang dah berjanji dgn Lim nak berjalan-jalan sekitar hotel di mana kami berjalan lebih kurang 300 meter ke kanan dan kemudian ke kiri dan akhir patah balik ke hotel. Sebelum keluar dari hotel kami tanya pada staf hotel breakfast di sediakan ke kerana bilik kami ini di book oleh kawan kami. So staf hotel itu bilang ( beritahu ) breakfast disediakan.
Ini sarapan saya untuk pusing pertama :)
Lebih kurang jam 10 pagi kami check out dan sahabat kami Tirta terus pick up kami dan bawa ke airport. Saya agak confuse di airport Jakarta kadang-kadang sesetangah airport apabila anda dah check in still kena check in sekali lagi untuk diberi boarding pass dan tempat duduk. Mula-mula nak pergi check in flight, tetapi sebelum saya beratur saya bertanya pada staf AirAsia Indonesia dan mereka bilang tidak perlu. So terus ke tingkat atas yang berhampiran ke pintu masuk Departure Hall. Sebelum masuk ke 'Departure Hall' kami lepak di Starbuck sambil ngobrol kisah-kisah silam dan isu semasa. Flight kami lebih kurang jam 12.30 petang dan saya tiba lebih kurang petang di airport. Lebih kurang jam 6.30 petang saya tiba di rumah dan kawan saya Lim gerak terus dari KLIA2 ke Melaka dengan menaiki bas. Alhamdulillah semuanya selamat tiba ke rumah masing-masing membawa seribu satu pengalaman yang indah dan baru.
Post dulu sebelum pulang hehehe.
*Saya ingin ucapkan terima kasih kerana kepada Trisya atas jemputan perkahwinannya dan juga kepada Tirta , Abe dan Dhini atas hospitality kalian semua kepada kami sepajang berada di Jakarta. Kami rasa senang dan selesa sekali dengan kalian semua. Once again thank you every much. Hope to see you in the future.
"Think Your Next Trip, Think Malaysia Backpackers"